Dalam adat perkahwinan adat Melayu, terdapat beberape peringkat penting dalam menguruskan majlis perkahwinan. Pertama adalah peringkat merisik untuk menyelidik latar belakang selain memastikan Gadis yang dihajati masih BELUM BERPUNYE. kebiasaan - nye adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti bapa @ ibu saudaranya.
Pertama - PERTUNANGAN.
Pertungan adalah tarikh yang dipersetujui oleh kedua2 pihak dengan memberikan cincin tanda serta barangan lain seperti sepasang kain dan selendang, kuih-muih, dan manisan. Kedua belah pihak akan berbalas hantaran mengikut nombor ganjil seperti 7 dari pihak lelaki dan berbalas 9 dari pihak perempuan.
ADAT BERINAI.
Majlis berinai diadakan secara berperingkat - peringkat iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Ia diadakan sebelum hari langsung dan selepas Akad Nikah untuk para perempuan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.
Kedua - PERNIKAHAN.
Selesai majlis pertunangan, kedua belah pihak akan memilih tarikh yang sesuai untuk majlis pernikahan. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum majlis persandingan. Dalam majlis ini perlu ada WALI, PENGANTIN PEREMPUAN DAN LELAKI, KADI, dan juga SAKSI.
Ketiga - PERSANDINGAN.
Pasangan pengantin akan ditepung tawar dengan AIR MAWAR, BERAS KUNYIT dan juga BUNGA RAMPAI oleh keluarga kedua belah pihak. Selesai merenjis pengantin perenjis akan diberikan bunga telur sebagai penghargaan terima kasih. Kemudian, diikuti dengan Majlis makan beradap.
Keempat - HANTARAN.
Hantaran berubah mengikut peredaran semasa bertemakan konsep dan warna mengikut pilihan pasangan pengantin samada mahukan konsep Melayu Tradisional, Moden ataupon Inggeris.
TIP - TIP UNTUK RAJA SEHARI.
- Catat barangan dan perkhitmatan yang diperlukan untuk Majlis Perkahwinan anda supaya TIDAK TERLUPA atau TERCICIR.
- Pilih Pakej Perkahwinan yang lengkap seperti ANDAMA, PELAMIN, PAKAIAN dan KATERING.
- Pilih Kad Jemputan yang sesuai dengan tema majlis selain nama anda, pasangan dan alamat betul bagi mengelakkan tetamu sesat.
- Tempah Jurufoto yang betul- betul berpengalaman dalam bidang ini bagi memastikan detik tersebut dirakamkan dengan menarik (Yela KAWIN kan sekali jer.., kot)
Sekian sedikat sebanyak info yang KC dapat dr beberapa risalah2 yang KC baca.., Harap2 dapat juga membantu para pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dalam mase terdekat nie.., jangan segan silu kalau nk KOMEN yer :)



No comments:
Post a Comment