Pages

Sunday, February 26, 2012

CheckList untuk Bertunang :)

  1. Pilih tarikh/waktu/tempat -  Rumah (hall) or dalam bilik atas katil pengantin.
  2. Tentukan jumlah hantaran L/P - eg: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
  3. Pilihan Tema hantaran - Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white
  4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
  5. Pilihan Warna pakaian L/P - Bergantung pada tema
  6. Tentukan jenis barang hantaran - eg : Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  7.  Tentukan jenis barang hantaran - eg : Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi) 
  8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin – Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)
  9. Cincin tuning & risik – 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh) 
  10. Pilihan Dais / Pelamin : Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik . Nak jimat DIY (Do it yourself)
  11. Makeup - Makeup soft kalau boleh.
  12. Jurugambar  
  13. Sediakan bajet jamuan makan lunch / ptg/ mlm - Katering atau pun masak sendiri
  14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp - Biasanya orang tua yang berpengalaman
  15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – eg :(L ) -7 orang, (P)- 10 orang
Perkara2 yang akan dibincang kedua keluarga pd hari pertunangan 
Tarikh nikah/ langsung kt mana?
Tarikh kenduri ?
Jumlah wang hantaran? 
Jumlah wang mas kahwin ?
Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

Tuesday, February 21, 2012

PROSES PERKAHWINAN ADAT MELAYU :)



Dalam adat perkahwinan adat Melayu, terdapat beberape peringkat penting dalam menguruskan majlis perkahwinan. Pertama adalah peringkat merisik untuk menyelidik latar belakang selain memastikan Gadis yang dihajati masih BELUM BERPUNYE. kebiasaan - nye adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti bapa @ ibu saudaranya.

Pertama  -  PERTUNANGAN.
Pertungan adalah tarikh yang dipersetujui oleh kedua2 pihak dengan memberikan cincin tanda serta barangan lain seperti sepasang kain dan selendang, kuih-muih, dan manisan. Kedua belah pihak akan berbalas hantaran mengikut nombor ganjil seperti 7 dari pihak lelaki dan berbalas 9 dari pihak perempuan.

ADAT BERINAI.
Majlis berinai diadakan secara berperingkat - peringkat iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Ia diadakan sebelum hari langsung dan selepas Akad Nikah untuk para perempuan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.

Kedua  -  PERNIKAHAN.
Selesai majlis pertunangan, kedua belah pihak akan memilih tarikh yang sesuai untuk majlis pernikahan. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum majlis persandingan. Dalam majlis ini perlu ada WALI, PENGANTIN PEREMPUAN DAN LELAKI, KADI, dan juga SAKSI.

Ketiga  -  PERSANDINGAN.
Pasangan pengantin akan ditepung tawar dengan AIR MAWAR, BERAS KUNYIT dan juga BUNGA RAMPAI oleh keluarga kedua belah pihak. Selesai merenjis pengantin perenjis akan diberikan bunga telur sebagai penghargaan terima kasih. Kemudian, diikuti dengan Majlis makan beradap.

Keempat  -  HANTARAN.
Hantaran berubah mengikut peredaran semasa bertemakan konsep dan warna mengikut pilihan pasangan pengantin samada mahukan konsep Melayu Tradisional, Moden ataupon Inggeris.

TIP - TIP UNTUK RAJA SEHARI.
  • Catat barangan dan perkhitmatan yang diperlukan untuk Majlis Perkahwinan anda supaya TIDAK TERLUPA atau TERCICIR.
  •  Pilih Pakej Perkahwinan yang lengkap seperti ANDAMA, PELAMIN, PAKAIAN dan KATERING.
  • Pilih Kad Jemputan yang sesuai dengan tema majlis selain nama anda, pasangan dan alamat betul bagi mengelakkan tetamu sesat.
  • Tempah Jurufoto yang betul- betul berpengalaman dalam bidang ini bagi memastikan detik tersebut dirakamkan dengan menarik (Yela KAWIN kan sekali jer.., kot) 
Sekian sedikat sebanyak info yang KC dapat dr beberapa risalah2 yang KC baca.., Harap2 dapat juga membantu para pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dalam mase terdekat nie.., jangan segan silu kalau nk KOMEN yer :)


 

 
 
Transparent Sexy Pink Heart