Pages

Thursday, November 8, 2012

nak KURUS balik..., HELP!! :'(

78KG :'(




Frust nye tgk gambar sendiri macam ni.., orang makin mngecik kath makin mengembang huhuhu.., Why.., Why... Whyyy!!! tpi xpe la ni tgh semangat baru ni nak kurus balik. Semalam dah beli E-Book Kevin Zahari and EXCITED giler nk try n mulakan cara hidup baru.., impikan balik baju saiz M yang pernah pakai mse im 58KG whuaaaaaa! cry!!

Untuk pengetahuan korang E-Book tu btol2 helpful semua ada dh nme pon All-in-one kan.., erm.., cara makan, kiraan kalori n contoh menu pon ade tau.., so, g la beli, service dorang cepat beli dlm 10 minit dh dpt e-mail.., so kath dh nk mula buat jadual makan, senam, n bahagi mase untuk kerja..,

Adoi! dalam seronok pon, kesakitan plak melanda diriku ini huhuu.., this few days bile minum air, nafas menguap n baring belakang dada ni terasa sakit plak macam terasa "Saluran makanan BENGKAK" why it happen?? so, betapa takot nye memikirkan kesihatan dan2 cri e-book n gym bagai..,  

So nak kurus balik cmni

56KG

Bagi la kath semangat :'(

Bye2 musyuk follower

KathCalliey

Monday, November 5, 2012

My Engagement / Kath & Jeff / 7.7.2012


Tarikh 7 JULY 2012 (tarikh xde makne ape2 tpi ini je yg okey) / Bertempat di rumah Untie ku di Kuala Pegang Baling, Kedah (Jauh tau my engagement) / Dihari oleh kawan rapat dan sanak keluarga jerk / Berlangsung pada jam 1.30pm / Dua cincin tanda ikatan (Merisik n Tunang la, bb mse merisik hanya bawa hamper) / Disarung oleh Bakal Ibu Mertuaku lah hehehehe..,





Professional Makeup by Kak Yanti (Butik Pengantin Ikatan Cinta) / Start makeup dalam kul 11.30am / memang best akak ni sporting + xbanyak karenah / Teramatlah puas hati :)

 Selepas dah bincang n tetapkan HARGA hahahah / Bacaan Doa (tu nampak x tgh tadah tangan n syukur kehadrat Allah S.W.T / Tunggu dipanggil keluarla plak / sempat mengenguk betapa ramai nya wakil myFiance / malu nak keluar hehehehe....,

Sesi Sarung cincin lah (2 tau cm biasa)

Kiss2 my Future Mom In Law :)



Ha bile dah keluar kath duduk kt mini pelamin tu n tunggu untuk disarung / Kath disarung cincin oleh Ibu myFiance la (but sometime people wakil untie la bab mak depa segan) / Alhamdulillah :)

Taraaaaaaa  !!!!!!!
   Sudah jadi tungan kepada Mohd Jaffery Abd Razak (myBaby) / terima kasih baby.

So kesimpulannya terima kasih teramat sangat to myuntie A.K.A Makcik Fadilah@MakTam@Ndek hahaha comel dan keluarga nye bab banyak membantu n bagi ktorg wt kenduri disana walaupon dengar dari mulut orang kath ni 'PERIGI CARI TIMBA' bab wt majlis kat sana xper sabar jela mane majlis pon gua dh tunang :) HAPPY ! / family kath n family tunang terima kasih lah semuanya.., 

Ni la kisah Majlis pertunangan antara Siti Khadijah & Mohd Jaffery pada 7.7.2012 / Kisah korang bile plak?? share la :)

Bye musyuk follower,

KathCalliey






Sunday, February 26, 2012

CheckList untuk Bertunang :)

  1. Pilih tarikh/waktu/tempat -  Rumah (hall) or dalam bilik atas katil pengantin.
  2. Tentukan jumlah hantaran L/P - eg: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
  3. Pilihan Tema hantaran - Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white
  4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
  5. Pilihan Warna pakaian L/P - Bergantung pada tema
  6. Tentukan jenis barang hantaran - eg : Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  7.  Tentukan jenis barang hantaran - eg : Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi) 
  8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin – Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)
  9. Cincin tuning & risik – 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh) 
  10. Pilihan Dais / Pelamin : Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik . Nak jimat DIY (Do it yourself)
  11. Makeup - Makeup soft kalau boleh.
  12. Jurugambar  
  13. Sediakan bajet jamuan makan lunch / ptg/ mlm - Katering atau pun masak sendiri
  14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp - Biasanya orang tua yang berpengalaman
  15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – eg :(L ) -7 orang, (P)- 10 orang
Perkara2 yang akan dibincang kedua keluarga pd hari pertunangan 
Tarikh nikah/ langsung kt mana?
Tarikh kenduri ?
Jumlah wang hantaran? 
Jumlah wang mas kahwin ?
Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

Tuesday, February 21, 2012

PROSES PERKAHWINAN ADAT MELAYU :)



Dalam adat perkahwinan adat Melayu, terdapat beberape peringkat penting dalam menguruskan majlis perkahwinan. Pertama adalah peringkat merisik untuk menyelidik latar belakang selain memastikan Gadis yang dihajati masih BELUM BERPUNYE. kebiasaan - nye adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti bapa @ ibu saudaranya.

Pertama  -  PERTUNANGAN.
Pertungan adalah tarikh yang dipersetujui oleh kedua2 pihak dengan memberikan cincin tanda serta barangan lain seperti sepasang kain dan selendang, kuih-muih, dan manisan. Kedua belah pihak akan berbalas hantaran mengikut nombor ganjil seperti 7 dari pihak lelaki dan berbalas 9 dari pihak perempuan.

ADAT BERINAI.
Majlis berinai diadakan secara berperingkat - peringkat iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Ia diadakan sebelum hari langsung dan selepas Akad Nikah untuk para perempuan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.

Kedua  -  PERNIKAHAN.
Selesai majlis pertunangan, kedua belah pihak akan memilih tarikh yang sesuai untuk majlis pernikahan. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum majlis persandingan. Dalam majlis ini perlu ada WALI, PENGANTIN PEREMPUAN DAN LELAKI, KADI, dan juga SAKSI.

Ketiga  -  PERSANDINGAN.
Pasangan pengantin akan ditepung tawar dengan AIR MAWAR, BERAS KUNYIT dan juga BUNGA RAMPAI oleh keluarga kedua belah pihak. Selesai merenjis pengantin perenjis akan diberikan bunga telur sebagai penghargaan terima kasih. Kemudian, diikuti dengan Majlis makan beradap.

Keempat  -  HANTARAN.
Hantaran berubah mengikut peredaran semasa bertemakan konsep dan warna mengikut pilihan pasangan pengantin samada mahukan konsep Melayu Tradisional, Moden ataupon Inggeris.

TIP - TIP UNTUK RAJA SEHARI.
  • Catat barangan dan perkhitmatan yang diperlukan untuk Majlis Perkahwinan anda supaya TIDAK TERLUPA atau TERCICIR.
  •  Pilih Pakej Perkahwinan yang lengkap seperti ANDAMA, PELAMIN, PAKAIAN dan KATERING.
  • Pilih Kad Jemputan yang sesuai dengan tema majlis selain nama anda, pasangan dan alamat betul bagi mengelakkan tetamu sesat.
  • Tempah Jurufoto yang betul- betul berpengalaman dalam bidang ini bagi memastikan detik tersebut dirakamkan dengan menarik (Yela KAWIN kan sekali jer.., kot) 
Sekian sedikat sebanyak info yang KC dapat dr beberapa risalah2 yang KC baca.., Harap2 dapat juga membantu para pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dalam mase terdekat nie.., jangan segan silu kalau nk KOMEN yer :)


 

 

Friday, January 27, 2012

Makeup for Turquoise Themes :)


I Like the color, look so natural and simple..,  :)

Tuesday, January 24, 2012

Engagement preparation :)

Seperti yang dibincang kan Pihak perempuan menyediakan 7 Dulang Hantaran n dibalas 5 Dulang oleh Pihak Lelaki..., Senarai Berikut yg Kath sendiri cari la kn..., :)


Hantaran Perempuan ( Lelaki Bagi la )
  • Tuala ( Jahitan Selamat Bertunang and nama )
  • Kain Nikah
  • Cokelat / Cupcake / Brownies 
  • Bunga Rampai / Sireh Junjung
  • Kek
Hantaran Lelaki ( Perempuan Bagi la)
  • Tuala ( Jahitan Selamat Bertunang and nma )
  • Kain Nikah
  • Cupcake / Brownies 
  • Cake
  • Cokelat
  • Bunga Rampai - Potpourri / Sireh Junjung
  • Pulut Kuning (heheh Rasa nye dah lama org xwt kn)

kene start wt preparation from now coz busy dengan bende lain la...,

Ya Allah, panjang kn lah Jodoh kami ke jinjang Pelamin dan keakhir hayat kami.., Amin .


Contoh MINI PELAMIN...,


 
Transparent Sexy Pink Heart